(Komuniti) Program Derma Darah Bersama Komuniti PIK Semop Sesi November 2020 & Klik Dengan Bijak (KDB)
16 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2020 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro untuk menganjurkan Program Derma Darah Bersama Komuniti PIK Semop untuk Sesi November 2020. Program ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Semop dan bermula dari jam 9.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengahari. Oleh itu, lebih 20 orang penduduk Kampung Semop yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah dan hanya 13 orang peserta yang datang layak menderma darah pada hari tersebut. Selain itu, program ini disertai oleh 8 orang staff dari Hospital Daerah Daro.
Disebabkan program tersebut dijalankan semasa negara dalam situasi agar meruncing akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan, pihak Hospital Daerah Daro bersama Pusat Internet Komuniti Semop mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap seperti mengamalkan penjarakan sosial, menyediakan penutup hidung dan mulut, menyediakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.
Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro sebab memilih Kampung Semop sebagai lokasi untuk Kempen Derma Darah mereka. Terima Kasih juga kepada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang datang memberi sokongan padu kepada aktiviti derma darah tersebut yang bertema “Seorang Penderma boleh menyelamatkan 3 nyawa”.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :